Keluarga كلوارڬ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah

Baginda mempunyai 10 putera dan puteri dari 3 permaisuri.

Dengan isteri pertama yang juga sepupu baginda, Raja Nor Saidatul Ihsan binti Al-Marhum Tengku Badar Shah, baginda dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Tengku Idris Shah yang merupakan Raja Muda Selangor dulu kini Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah (Tengku Laksamana Selangor), Tengku Puteri Zahariah, Tengku Abdul Samad Shah (Tengku Panglima Besar Selangor), Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.

Bersama isteri kedua, Cik Mahiran, baginda dikurniakan seorang putera, Tengku Ahmad Shah (Tengku Panglima Raja Selangor) manakala dengan isteri ketiga, Tengku Ampuan Rahimah, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Puteri Nor Marina dan Tengku Puteri Nor Zehan.

Pada 3 Mei 1990 baginda berkahwin dengan Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman yang kemudian bergelar Cik Puan Besar Selangor. Mereka tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. [2][3]